BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 25, 2009

PANTUN KEPAHLAWANAN
MELAYU

Apa guna kepuk di ladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna berambut panjang
Kalau tidak berani mati

Guruh berdentum bumi bergegar
Ayam jaguh sedang bersabung
Jangan cakap sahaja berdegar
Hulur senjata kita bertarung

Limau bentan di tepi tingkap
Budak-budak melempar burung
Harimau di hutan lagi kutangkap
Inikan pula cicak mengkarung

Pudak bukan sebarang pudak
Pudak tumbuh di tepi lombong
Jalak buka sebarang jalak
Jalak biasa menang bersabung

Anak Cina bersampan kotak
Muatan sarat dengan ragi
Biar retak bumi kupijak
Kamu takkan kulepaskan lagi

Hang Jebat Hang Kasturi
Budak-budak raja Melaka
Jika hendak jangan dicuri
Mari kita bertentang mata

Patah rotan tali bersilang
Batang meranti rimbun berjejal

Langkah pahlawan di tengah gelanggang
Berpantang mati sebelum ajal

Banyak batang tumbuh cendawan
Cendawan kukur jalan ke huma
Banyak orang mengaku pahlawan
Sambutlah pukul tikam pertama

Putus sudah tali temberang
Semasa belayar di sampan kotak
Jangan berlagak jaguh yang garang
Kepala sendiri nanti yang retak

Apa guna padi bukit
Padi dibendang menabur bunga
Apa guna hati sakit
Mati bertikam termasyhur lama

Tebu bukannya bangkut
Rama-rama terbang ke kuala
Bukan kami kaki penakut
Berani kami korbankan nyawa

Memang pahit buah peria
Makanan orang pergi menjala
Jikalau mengaku taat setia
Bersamalah kita pertahan negara

Cik Embun orang berbidan
Pandai mengurut sakit kepala
Biar berkalang nyawa di badan
Kedaulatan negara kupertahankan jua

Kalau mengail di lubuk dangkal
Dapat ikan sepenuh raga
Kalau kail panjang sejengkal
Jangan lautan hendak diduga

Apa guna kepuk di ladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna keris di pinggang
Kalau tidak berani mati

Adakah perisai bertali rambut
Rambut dipintal akan cemara
Adakah bisai tahu takut
Kami pun muda lagi perkasa

Sampan kotak mengapa dikayuh
Hendak belayar ke tanah seberang
Patah kepak bertongkatkan paruh
Pantang menyerah di tengah gelanggang

Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belumlah sembuh

Lemaknya nasi bergulai udang
Lemak berbau santan kelapa
Rela kumati berputih tulang
Tidak kumahu berputih mata

Orang menyeberang gunakan titi
Titi dibuat tinggi di atas
Dalam telur lagikan dinanti
Inikan pula sudah menetas

Jika terjumpa ular tedung
Carilah buluh kayu pemukul
Berani buat beranilah tanggung
Tangan menjinjing bahu memikul

Perahu payang layarnya merah
Belayar menuju arah utara
Keris dipegang bersintukkan darah
Adat pahlawan membela negara

Sungguh cantik bunga yang merah
Malangnya lama tidak disirami
Kalau jasadku rebah ke tanah
Rela aku disemadikan di sini

Telur itik dari Senggora
Pandan terletak dilangkahi
Darahnya titik di Singapura
Badannya terhantar di Langkawi





Tuesday, November 24, 2009

KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR KERIS WARISAN MELAYU




















































































































Keris terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mata, hulu dan sarung. Jenis-jenis keris dibezakan dengan ciri-ciri tersebut dan mempunyai nama yang unik mengikut ciri-ciri dan juga asal usulnya.
Keris boleh dikenali jenisnya pada bahagian Hulu, Sarung dan Mata ataupun ketiga-tiganya sekali. Namun demikian jenis keris jarang dikenali mengikut ketiga-tiga bahagiannya, kebiasaannya hanya 2 bahagian sahaja dirujuk.

Karya seni yang tinggi dapat dilihat pada kepelbagaian jenis mata keris lurus dan berluk, ukiran dan perhiasan yang kreatif pada hulu dan sarungnya. Terdapat mata keris yang berbentuk seperti lidah api, dan sarung serta hulunya yang mempunyai bentuk dan rekacorak yang harmonis menunjukkan gabungan seni ukiran, seni pahat dan seni patung yang kaya mutunya. Kesemua hasil seni ini memerlukan seni ketukangan yang tinggi dan kepakaran yang mendalam. Antara keris-keris yang dipamerkan ialah Keris Semenanjung dan Keris Pekaka.














SENJATA-SENJATA TRADISIONAL


BAHAGIAN-BAHAGIAN KERIS









































SENJATA BADIK

Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu. Dibahagian pangkal hulu dan sarung mempunyai simpai gading. Dibahagian bawah pula terdapat ukiran berbentuk seekor naga.

Mempunyai mata yang berpamor. Hulu bengkok ke bawah yang diperbuat daripada kayu. Sarungnya juga diperbuat daripada kayu dengan bersimpaikan perak.

Panjang hulu ke mata - 30cm
Panjang sarung - 26cm









SENJATA BELADAU


Hulunya diperbuat daripada kayu. Matanya melengkung berbentuk seakan-akan susuh ayam.

Panjang hulu ke mata - 21cm
Panjang sarung - 18cm














CENANGKAS

Sebilah senjata yang mempunyai bentuk seakan-akan parang. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu. Senjata ini bukannya senjata penikam tetapi fungsinya ialah sebagai senjata pemangkas.

Panjang hulu ke mata - 65cm



















GEDUBANG ACEH

Sebilah senjata tajam yang juga dipanggil Gedubang Aceh. Senjata ini berbentuk seperti pedang. Hulunya diperbuat daripada tembaga dan sarungnya daripada kayu.

Panjang hulu ke mata - 63cm
Panjang sarung - 49.8cm

















KERIS JALAK BETINA

Keris ini tiada mempunyai lok. Ulu dan sampirnya diperbuat daripada kayu biasa. Pendongkoknya diperbuat daripada perak. Sarungnya daripada kayu hutan dan buntutnya daripada gading.

Panjang hulu ke mata - 46cm
Panjang sarung - 37cm








KERIS JALAK JANTAN


Keris ini tiada mempunyai lok. Ulu dan sampirnya diperbuat daripada kayu biasa. Pendongkoknya daripada perak. Sarungnya daripada kayu hutan dan buntutnya daripada gading.

Panjang hulu ke mata - 34cm
Panjang sarung - 28.5cm
















KERIS PANJANG SUMATRA
Keris Panjang Sumatra

Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu. Pada sarungnya disimpai dengan perak.

Panjang hulu ke mata - 52.5cm
Panjang sarung - 49cm







KERIS BALI

Hulunya diperbuat daripada gading dan sarungnya diperbuat daripada kayu yang diukir berbentuk kepala perahu yang mempunyai muka naga dibahagian sampirnya.











KERIS SEMENANJUNG

Sebilah keris yang berhulu dan bersarungkan kayu. Ekor lipasnya juga diperbuat daripada kayu. Keris ini mempunyai mata lebar lurus.

Panjang - 53cm